Monday, April 20, 2009

KUKUP, Pontian, Johor


Kukup kira-kira 70km dari Bandaraya Johor Bahru dan 20km dari bandar Pontian, pekan terdekat dengan Kukup merupakan Tanjung Piai. Kukup terkenal dengan makanan lautnya yang segar, Kukup juga dikenali sebagai antara pusat ternakan ikan dalam sangkar yang terbesar di negara ini dengan menyumbang pendapatan kira-kira RM20 juta setahun.

Kegiatan tersebut yang mula diusahakan secara besar-besaran pada tahun 1981, telah memberikan peluang kepada penduduk tempatan memanfaatkan segala potensi yang ada di kawasan tersebut.

Kini terdapat 8,000 buah petak sangkar di perairan Kukup Laut yang turut menjadi tarikan tambahan kepada para pelancong yang berkunjung ke situ selain Taman Negara Pulau Kukup serta aktiviti memproses hasil-hasil laut.

Kukup juga merupakan laluan kepada pelancong-pelancong yang hendak ke Tanjung Balai Karimun di Indonesia, terdapat jeti feri ke Tanjung Balai disini. Selain itu ada juga perkhidmatan feri untuk pelawat-pelawat yang berminat hendak melihat kegiatan penternak ikan sangkar serta kepada mereka yang hendak ke Taman Negara Pulau Kukup.

Perkhidmatan bot ke Pulau Kukup dan ke sangkar-sangkar penternak ikan

Sebahagian daripada sangkar-sangkar tempat pemeliharaan ikan di Kukup