Tuesday, August 11, 2009

GUNUNG LEDANG


Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor. Diselubungi legenda misteri dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus menarik minat penduduk tempatan dan para pelancong.

Menurut legenda Puteri Gunung Ledang, Sultan Melaka ketika itu berkenan untuk mengahwini Puteri tersebut tetapi oleh kerana Puteri tidak mahu berkahwin dengan Sultan, dia telah meminta Sultan menyediakan hantaran yang sukar disediakan iaitu tujuh balang airmata dara, tujuh dulang hati nyamuk, dan tujuh mangkuk darah anak Sultan itu sendiri.

Apabila Sultan tidak dapat menyediakan hantaran tersebut, Puteri tersebut melarikan diri ke Gunung Ledang. Ada yang mempercayai Puteri tersebut masih hidup hingga ke hari ini dan tinggal di sebuah gua di gunung ini.

Gunung Ledang amat sesuai sebagai destinasi aktiviti luar dengan jejak hutan yang mencabar, air terjun yang jernih dan nyaman, serta tumbuhan dan haiwan yang eksotik termasuk pelbagai spesis unggas yang menarik.

Dari kawasan puncak gunung yang terletak di ketinggian 1,276 m dari paras laut dan mempunyai permukaan yang agak mendatar, pelancong boleh menikmati pemandangan Selat Melaka hingga ke pantai Sumatera sekiranya cuaca cerah. Air Terjun Sagil yang terletak di kaki gunung ini juga merupakan tempat berkelah yang popular.

Bagaimana Hendak ke Gunung Ledang?

Bas atau Teksi
Bas untuk ke Gunung Ledang boleh dinaiki di Tangkak, sejauh kira-kira 16 km. Perkhidmatan teksi ke sini juga boleh didapati di Tangkak.

Kereta
Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar terletak 25 km selepas Air Keroh. Hala menuju ke Tangkak. Terus memandu sepanjang Jalanraya 23 sejauh 6 km lagi, melewati pekan Sagil, sebelum belok ke kanan memasuki jalan ladang kelapa sawit dan terus memandu sejauh 1 km lagi. Dari sini, jalan untuk sampai ke kaki Gunung Ledang atau Mount Ophir, boleh kelihatan.

Kalau kita melalui lebuhraya PLUS keluar di Plaza Tol Tangkak,
kemudian ikut panduan papan tanda....

Terdapat sebuah resort yang menarik di kaki Gunung Ledang, begitu juga tempat penginapan yang murah di pekan Tangkak yang tidak jauh dari sini. Anda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan yang terdapat di sini.


Pemandangan menarik, bagi penggemar Fotografi Gunung Ledang menjanjikan suatu yang menarik untuk anda.


Airnya yang sejuk dan suasana yang nyaman sangat sesuai untuk berkelah...


Pejabat Operasi Pegawai Renger yang mengawal Gunung Ledang, bagi yang hendak berkhemah atau mendaki dinasihatkan supaya melaporkan diri di Pejabat operasi ini untuk tujuan keselamatan.

Laluan yang disediakan bagi memudahkan pengunjung berjalan atau tujuan "Jungle Tracking".

Di sini juga terdapat sebatang laluan hutan dan jalan tidak berturap yang menghala ke puncak gunung. Jika anda mendaki ke puncak, anda akan menemui air terjun yang segar tetapi anda disarankan mengatur aktiviti anda supaya ada orang lain menanti anda di puncak.

Papan amaran kepada pengunjung supaya tidak berada dikawasan air ketika hujan lebat.

Monday, April 20, 2009

KUKUP, Pontian, Johor


Kukup kira-kira 70km dari Bandaraya Johor Bahru dan 20km dari bandar Pontian, pekan terdekat dengan Kukup merupakan Tanjung Piai. Kukup terkenal dengan makanan lautnya yang segar, Kukup juga dikenali sebagai antara pusat ternakan ikan dalam sangkar yang terbesar di negara ini dengan menyumbang pendapatan kira-kira RM20 juta setahun.

Kegiatan tersebut yang mula diusahakan secara besar-besaran pada tahun 1981, telah memberikan peluang kepada penduduk tempatan memanfaatkan segala potensi yang ada di kawasan tersebut.

Kini terdapat 8,000 buah petak sangkar di perairan Kukup Laut yang turut menjadi tarikan tambahan kepada para pelancong yang berkunjung ke situ selain Taman Negara Pulau Kukup serta aktiviti memproses hasil-hasil laut.

Kukup juga merupakan laluan kepada pelancong-pelancong yang hendak ke Tanjung Balai Karimun di Indonesia, terdapat jeti feri ke Tanjung Balai disini. Selain itu ada juga perkhidmatan feri untuk pelawat-pelawat yang berminat hendak melihat kegiatan penternak ikan sangkar serta kepada mereka yang hendak ke Taman Negara Pulau Kukup.

Perkhidmatan bot ke Pulau Kukup dan ke sangkar-sangkar penternak ikan

Sebahagian daripada sangkar-sangkar tempat pemeliharaan ikan di Kukup

Saturday, February 28, 2009

Tiara Beach Resort - 6/7 Feb 2009


Tiara Beach Resort, lokasi agak jauh dari pekan Port Dickson tetapi tenang sunyi dari hiruk pikuk bandaraya sesuaia sangat untuk kita berehat-rehat bersama keluarga. Kalau bawak anak-anak pun dia orang boleh main-main kat bawah hotel saja, tak payah nak mandi-manda kat pantai. Taman tema kat hotel nie pun ala-ala pantai juga, menarik dan senang nak kawal budak-budak. Pasal nak makan takder hal, malam boleh pegi Teluk Kemang agak meriah kat sana cuma jauh sikit la. Tapi tak mengapa, kalau dah niat nak jalan kita jalan jer la puas-puas.